Monday, April 30, 2012

amalan tertolak kerana Mazmumah

Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi. Kemudian, ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit. Pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.


langit ciptaan Allah memang sungguh luas terbentang...

Pintu langit pertama :
  • Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat "pukullah amalan ini kemuka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."
 

Pintu langit kedua :

  • selepas berjaya melalui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. Kata malaikat penjaga langit, "Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan didunia."

Pintu langit ketiga :
  • Malaikat pembawa amalan berupa pahala sedekah, solat dan puasa. para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua. Tetapi ditahan di langit ketiga. Malaikat berkata : "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai."
Pintu langit keempat :

  • amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat. Berkata malaikat penjaga langit, " Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.
Pintu langit kelima :

  • amalan yang dibawa bersri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit, "berhenti dan buangkan amalan ini kepada orang yang megerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.
pintu langit keenam :

  • malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit, " pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambaNya kepada hamba-hambaNya yang menghadapi kesusahan."
pintu langit ketujuh :
  • berkata malaikat Sum'ahingin masyhur) : "Aku akan menghalang amalan orang yang riya' daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tapi supaya amalannya disebut-sebut."
Ketika bertemu Allah :

  • Kemudian, naik malaikat yang membawa amalan seorang hamba yang berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir. Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah. Ketika itu, Allah berfirman yang bermaksud, " Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini. Aku lebih rela mengetahui isi segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu, tetapi tidak boleh menipu Aku."
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, hindarkan lah aku daripada perkara yang boleh menyebabkan semua amalan dan doa-doa kami daripada tertolak Ya Allah..

Wednesday, April 25, 2012

menjaga kelembapan bibir


  • ketika memberus gigi pada setiap hari, gunakan kesempatan ini untuk memberus bibir yang kering dan mengelupas.
  • tetapi anda perlu menggunakan berus yang lembut atau tuala bersih.
  • selepas itu, sapukan balm bibir untuk melembutkan permukaan bibir.
  • bibir yang banyak terdedah kepada matahari akan menyebabkan kering.
  • untuk mengatasi masalah ini, gunakan gincu yang mempunyai pelembap dan perlindungan pancaran matahari.
  • jika anda perlu berjemur dibawah cahaya matahari, pastikan kamu menggunakan balm bibir dengan perlindungan cahaya matahari.
  • pastikan juga bibir disapu pelembap terlebih dahulu sebelum berjemur.
  • balm bibir yang mengandungi kapur barus sesuai untuk bibir yang sedang dirawat.
  • untuk pelembapan yang bagus, pilih balm tanpa kapur barus atau guna pengilat bibir tanpa warna.
  • sebelum tidur, sapu pelembap tanpa warna dan pekat.
  • amalkan setiap malam dan pagi
  • jika tiada balm bibir, gantikannya dengan krim mata untuk melembutkan bibir.
#from dara.com september 2006#

Blog Archive