Tuesday, June 25, 2013



             "seandainya aku telah ditakdirkan untuk pergi dahulu sebelum kamu, diharapakan kamu tidak bersedih hati"

                                              - 25 JUN 2013 -

  

Tuesday, May 15, 2012

SENTIASALAH BERTAUBAT dan BERISTIGHFAR




"Daripada Abu Hurairah bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud :''sesungguhnya Allah berfirman:'Aku bersama hamba-hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir).'''
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


ASSALAMUALAIKUM YA RASULALLAH

cara Rasulallah berjalan :

Abu Hurairah r.a meriwayatkan: 'Saya tidak pernah melihat apa pun yang lebih indah daripada Rasulullah s.a.w., seolah-olah matahari beredar diwajahnya. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah s.a.w., seolah-olah bumi dilipat untuk Baginda. Sungguh, kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti itu) dan beliau tidak peduli (terhadap rasa lelah kami).''
(riwayat Al-Tirmizi, Ahmad, Abu Syaikh dan Ibnu Sa'ad)
Dipetik daripada buku solusi isu no.32(daripada Syamail Muhammad s.a.w. : peribadi Muhammad, terbitan telaga biru Sdn. Bhd.

Thursday, May 3, 2012

kawan.sahabat.rakan.teman.ex-smkajb

kawan.sahabat.teman.rakan.ex-smkajb yang penah ceriakan hidup saya suatu ketika dahulu...


 
balqish.dayah.deja.miza.fatnin.nanilatif.nabila.teno.sue.seha.sufika.fath.ainul.syera.wee.hasriah.nana.jamie.aisyah.hasmi.sina.hana.adila.farhana.


teha.aishah.yana.ana.saya.jawaheer.tasha.faiqah.

mizah.afifah.amalina.amal.musdalifah.fatimah.huda.andi.farabella.kina.lynn.aimi.eida.shafiqah.nadhra.rynn.gjie.put.ska.ara.umie.chit.alia.qilah.marliyana.


habibah.amira.miau,andik.bieha.nabihah (syg).irma.jeth.eka.mimi.miera pakazi.nusrah.teha rais.fatimah.wina.umie.ziha.zay.azie.ain.fatin.aimi.anis.hawa
bff forever!

Wednesday, May 2, 2012

model polya mengenal pasti subgoal

                                                     
oleh Nurul Aifa Fariha Binti Mohd Ruhaizat
STRATEGI  : MENGENAL PASTI SUBGOAL


Petak Ajaib
          
Memahami masalah
§  membaca dan memahami soalan dengan teliti serta menyenaraikan maklumat-maklumat yang terdapat dalam soalan tersebut
§  menyusun nombor 1 hingga 9 ke dalam persegi yang dibahagikan kepada 9 segi empat kecil kuasa dua seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1, supaya jumlah lajur setiap baris dan pepenjuru utama adalah sama (hasilnya adalah sebuah segiempat ajaib).
§  kita perlu meletakkan setiap sembilan nombor 1,2,3, «« «.., 9 dalam petak kecil, nombor yang berbeza, supaya jumlah nombor dalam setiap baris dalam setiap lajur, dan dalam setiap dua pepenjuru yang sama .
§  kenal pasti adakah jumlah nombor pada setiap ketiga-tiga baris adalah sama.kenalpasti cara penyelesaian yang sesuai.

Merancang strategi
§  Membaca dan memahami soalan dengan teliti serta menyenaraikan maklumat-maklumat yang terdapat serta merancang strategi yang sesuai untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah tersebut iaitu dengan menggunakan mengenal pasti ‘subgoal’. Strategi ini merupakan satu proses yang mencapai kesimpulan melalui logik atau pemikiran.
§  Jika kita tahu jumlah tetap nombor dalam setiap baris, lajur dan pepenjuru, kita akan mempunyai idea yang lebih baik yang nombor boleh muncul bersama-sama dalam satu baris tunggal, lajur, atau pepenjuru.
§  Oleh itu, matlamat subgoal adalah untuk mendapatkan jumlah tetap.
§  Jumlah sembilan nombor,
§  1 +2 +3 + «« «. 9, bersamaan dengan 3 kali jumlah dalam satu barisan.
§  jumlah tetap diperolehi dengan membahagikan 1 +2 +3 + «« «« 9 oleh 3.
§  Seterusnya,kita perlu memutuskan apakah nombor-nombor yang sesuai untuk diletakkan pada mana-mana petak. Nombor pada ruang tengah akan muncul dalam 4 jumlah dan setiapnya ditambah dengan 15.
§  Setiap nombor di sudut akan muncul dalam tiga jumlah 15.Jika kita menulis 15 sebagai hasil tambah tiga nombor yang berlainan 1 hingga 9 dalam semua cara yang mungkin, kita boleh mengira berapa jumlah wang yang mengandungi setiap nombor 1 hingga 9.
§  Nombor-nombor yang muncul dalam sekurang-kurangnya empat jumlah merupakan calon untuk penempatan di pusat segi empat, sedangkan nombor yang muncul dalam sekurang-kurangnya tiga jumlah adalah calon-calon nombor disudut segi empat.
§  Matlamat baru bagi subgoal adalah untuk menulis 15 dalam sebanyak cara yang mungkin sebagai hasil tambah 3 nombor yang berbeza dari {1,2,3,…,9}.

Melaksanakan strategi
§  Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan strategi mengenal pasti   subgoal iaitu mengenal pasti matlamat soalan atau kehendak atau objektif soalan iaitu mendapatkan jumlah tetap.
§  Hasil tambah 15 boleh ditulis secara sistematik seperti di bawah ini :
                                    9 + 5 + 1                                 8 + 4 + 3
                                    9 + 4 + 2                                 7 + 6 + 2
                                    8 + 6 + 1                                 7 + 5 + 3
                                    8 + 5 + 2                                 6 + 5 + 4
                                   
Menyemak semula




§  Penyemakan semula boleh digunakan dengan menggunakan kalkulator.
§  Kita dapat lihat bahawa 5 adalah satu-satunya nombor di antara nombor yang diberi yang dapat muncul di tengah-tengah.
§  Satu lagi cara untuk melihat nombor 5 dapat berada di tengah-tengah adalah dengan menganggap hasil tambah 1 + 9, 2 + 8, 3 +7, dan 4 +6.
§  Kita juga dapat tambah 5 untuk mendapatkan 15.

strategi penyelesaian masalah Model Polya

oleh Fatin Syahirah binti Shamsuddin

strategi teka dan uji


 

MASALAH 1

Akmal mempunyai kawasan yang seluas 3600 m². Dia ingin menanam pokok kelapa dengan sepohon 16 m² di kawasan tersebut. Berapakah pokok kelapa yang boleh ditanam oleh Akmal dalam kawasan tersebut? Apakah strategi yang akan anda gunakan?

          

Langkah 1

memahami masalah

Keluasan kawasan = 3600 m²
Keluasan untuk menanam sepohon pokok kelapa = 16 m²
Jumlah keluasan kawasan yang diperlukan = ?
Keluasan sepohon pokok x bilangan pokok kelapa yang boleh ditanam
Bilangan pokok kelapa yang boleh ditanam = ?

Langkah 2

merangka strategi
  •  gunakan strategi teka dan uji
meneka bilangan pokok yang boleh ditanam bagi memuatkan kawasan yang seluas 3600 m².

Langkah 3

melaksanakan strategi

  • Satu jadual teka dan semak dengan perbezaan bilangan pokok telah dibuat. 


Keluasan sepohon pokok kelapa (m)
Bilangan pokok yang boleh ditanam
Jumlah keluasan kawasan (m²)
Keluasan kawasan (m²)
Tanda
 ( / atau x)
16
300
4800
3600
X
16
280
4480
3600
X
16
250
4000
3600
X
16
225
3600
36 00
/
16
200
3200
3600
X


Langkah 4
menyemak jawapan





Bil pokok yang diperlukan untuk menanam kawasan yang seluas 3600 m² adalah sebanyak (3600 m²).

225 X 16 m² = 3600 m²


Monday, April 30, 2012

amalan tertolak kerana Mazmumah

Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi. Kemudian, ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit. Pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.


langit ciptaan Allah memang sungguh luas terbentang...

Pintu langit pertama :
  • Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat "pukullah amalan ini kemuka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."
 

Pintu langit kedua :

  • selepas berjaya melalui pintu langit pertama, malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. Kata malaikat penjaga langit, "Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan didunia."

Pintu langit ketiga :
  • Malaikat pembawa amalan berupa pahala sedekah, solat dan puasa. para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua. Tetapi ditahan di langit ketiga. Malaikat berkata : "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai."
Pintu langit keempat :

  • amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat. Berkata malaikat penjaga langit, " Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya.
Pintu langit kelima :

  • amalan yang dibawa bersri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit, "berhenti dan buangkan amalan ini kepada orang yang megerjakannya. Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya.
pintu langit keenam :

  • malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit, " pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambaNya kepada hamba-hambaNya yang menghadapi kesusahan."
pintu langit ketujuh :
  • berkata malaikat Sum'ahingin masyhur) : "Aku akan menghalang amalan orang yang riya' daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tapi supaya amalannya disebut-sebut."
Ketika bertemu Allah :

  • Kemudian, naik malaikat yang membawa amalan seorang hamba yang berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir. Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah. Ketika itu, Allah berfirman yang bermaksud, " Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini. Aku lebih rela mengetahui isi segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu, tetapi tidak boleh menipu Aku."
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, hindarkan lah aku daripada perkara yang boleh menyebabkan semua amalan dan doa-doa kami daripada tertolak Ya Allah..

Wednesday, April 25, 2012

menjaga kelembapan bibir


  • ketika memberus gigi pada setiap hari, gunakan kesempatan ini untuk memberus bibir yang kering dan mengelupas.
  • tetapi anda perlu menggunakan berus yang lembut atau tuala bersih.
  • selepas itu, sapukan balm bibir untuk melembutkan permukaan bibir.
  • bibir yang banyak terdedah kepada matahari akan menyebabkan kering.
  • untuk mengatasi masalah ini, gunakan gincu yang mempunyai pelembap dan perlindungan pancaran matahari.
  • jika anda perlu berjemur dibawah cahaya matahari, pastikan kamu menggunakan balm bibir dengan perlindungan cahaya matahari.
  • pastikan juga bibir disapu pelembap terlebih dahulu sebelum berjemur.
  • balm bibir yang mengandungi kapur barus sesuai untuk bibir yang sedang dirawat.
  • untuk pelembapan yang bagus, pilih balm tanpa kapur barus atau guna pengilat bibir tanpa warna.
  • sebelum tidur, sapu pelembap tanpa warna dan pekat.
  • amalkan setiap malam dan pagi
  • jika tiada balm bibir, gantikannya dengan krim mata untuk melembutkan bibir.
#from dara.com september 2006#

Blog Archive